Pengusiran cendekiawan Armenia pada 24 April 1915

Pengusiran cendekiawan Armenia
Sebahagian daripada Genosid Armenia
Beberapa cendekiawan Armenia yang ditahan, diusir, dan dibunuh pada 1915:
Barisan pertama: Krikor Zohrab, Daniel Varoujan, Rupen Zartarian, Ardashes Harutiunian, Siamanto
Baris ke-2: Ruben Sevak, Dikran Chökürian, Diran Kelekian, Tlgadintsi, dan Erukhan
LokasiEmpayar Uthmaniyah
Tarikh24 April 1915 (tarikh mula)
SasaranTokoh-tokoh penting masyarakat Armenia Kustantiniyah
Jenis serangan
Pengusiran dan pembunuhan ramai
Kematian235–270 (pada 24 April)
PelakuJawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan (Turki Muda)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 24 April 1915, Menteri Dalam Negeri Kerajaan Uthmaniyah Talaat Pasha mengeluarkan perintah menahan semua ketua pemimpin masyarakat Armenia Kustantiniyah dan memindahkan mereka ke dua pusat penahanan berdekatan Angora (kini Ankara). Perisitiwa ini dianggap sebagai permulaan Genosid Armenia bergelar "Ahad Merah" (Bahasa Armenia: Կարմիր կիրակի B Garmir giragi T Karmir kiraki) dengan banyak mereka yang kemudiannya dibunuh melainkan sedikit sahaja yang diselamatkan melalui campur tangan.Peristiwa ini digambarkan oleh banyak sejarawan sebagai suatu langkah mel;umpuhkan kebolehan penduduk Armenia Uthmaniyah daripada berkumpul berpersatuan yang dilihat mudah memberontak menentang kerajaan.[1][2][3]

Untuk memperingati mangsa Genosid Armenia, 24 April disambut sebagai Hari Peringatan Genosid Armenia. Kali pertama disambut pada tahun 1919 di ulang tahun keempat peristiwa tersebut di Constantinople, tarikh tersebut pada umumnya menganggap tarikh tersebut genosid itu bermula. Genosid Armenia sejak itu disambut setiap tahun pada hari yang sama menjadi cuti kebangsaan di Armenia dan Republik Nagorno-Karabakh serta diperingati diaspora Armenia seluruh dunia.

  1. ^ Bloxham, Donald (2005). The Great Game of Genocide: Imperialism, Nationalism, and the Destruction of the Ottoman Armenians. Oxford University Press. m/s. 70. ...the decapitation of the Armenian nation with the series of mass arrests that began on 24 April...
  2. ^ Blinka, David S. (2008). Re-creating Armenia: America and the memory of the Armenian genocide. Madison: University of Wisconsin Press. m/s. 31. In what scholars commonly refer to as the decapitation strike on April 24, 1915...
  3. ^ Sahаkian, T. A. (2002). "Արևմտահայ մտավորականության սպանդի արտացոլումը հայ մամուլում 1915–1916 թթ. [The interpretation of the fact of extermination of the Armenian intelligentsia in the Armenian press in 1915–1916]". Lraber Hasarakakan Gitutyunneri (dalam bahasa Armenia) (1): 89. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-20. Dicapai pada 2020-04-24. Դրանով թուրքական կառավարությունը ձգտում էր արևմտահայությանը գլխատել, նրան զրկել ղեկավար ուժից, բողոքի հնարավորությունից:

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search